SATU inisiatif baru untuk memberi nafas segar pada program masjid dan menghimpunkan masyarakat Islam dalam menghidupkan semula nilai-nilai kerohanian dalam hidup mereka, baik di ruang fizikal atau maya dilancarkan pada Sabtu (2 April).
Dikenali sebagai Gerakan SalamSG (SSGM), ia bertujuan merapatkan amalan keagamaan di dalam talian dan juga di masjid sedang Singapura bergerak ke arah fasa endemik untuk mengharungi hidup...






