BEBERAPA bulan lalu, saya ditugaskan membuat laporan jenayah berikutan pembunuhan yang berlaku ke atas budak lelaki kembar, 11 tahun di Upper Bukit Timah.
Selalunya jika berlaku kisah jenayah, wartawan di tapak kejadian perlu banyak bertanya kepada orang sekeliling yang tinggal di kawasan itu bagi mendapatkan komen daripada mereka yang berada di situ.





