NARATHIWAT (Thailand): Seorang askar dan dua sukarelawan pertahanan Thailand cedera apabila sekumpulan pemisah melepaskan tembakan dan melemparkan bom paip ke sebuah balai polis marin di wilayah Narathiwat pada Rabu malam (25 Mei), kata pihak polis negara itu.
Serangan ke atas Balai Polis Marin Tak Bai di Tambon Jeh He daerah Tak Bai berlaku sekitar 9.30 malam.





