SATU pertandingan bola sepak jalanan empat sepasuk bagi kanak-kanak, yang akan dikendalikan berdasar peraturan unik yang ditetapkan oleh legenda bola sepak setempat Fandi Ahmad akan dianjurkan buat julung-julung kali pada musim cuti sekolah Jun ini.
Fandi Rules, yang bakal dianjurkan bagi budak lelaki dan budak perempuan, dibahagikan kepada kategori bawah 10 tahun dan kategori bawah 12 tahun.





