Ibu kepada kanak-kanak yang maut dalam satu kebakaran di Bedok North pada Jumaat lalu (13 Mei) masih di Unit Jagaan Rapi (ICU) tetapi keadaannya sudah stabil.
Anggota Parlimen (AP) estet tersebut yang juga Menteri Negara (Perhubungan dan Penerangan merangkap Pembangunan Negara), Encik Tan Kiat How, telah memberi perkembangan terkini mengenai keadaan ibu berusia 34 tahun itu.





