BUKU-BUKU bergambar tempatan untuk kanak-kanak dalam bahasa ibunda mereka telah muncul di pasaran sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dengan harapan pengarang tempatan dapat menggalak kanak-kanak membaca selain bahasa Inggeris.
Perkara yang unik tentang buku-buku ini ialah ia dipaparkan dalam konteks tempatan, dengan bahasa dan senario yang biasa dilihat kanak-kanak prasekolah lapor akhbar The Straits Times (ST).






