SINGAPURA memperkukuh hubungan dengan beberapa negara di dalam dan luar rantau ini dalam pertemuan antara pemimpin yang melawat Republik ini beberapa hari lalu sempena Dialog Shangri-La.
Menteri dan pegawai pertahanan kanan dari negara seperti Amerika Syarikat, Australia, China, Indonesia, Malaysia, Perancis dan Qatar telah menemui pemimpin Singapura dalam pertemuan dua hala di luar dialog itu.





