SATU semakan harus dijalankan bagi memastikan dana awam dibelanjakan dengan sewajarnya dan sebarang kerugian dana awam dilaporkan dan didapatkan semula, memandangkan operasi pemerintah menangani Covid-19 adalah luar biasa dari segi kerumitan dan skala, kata Jawatankuasa Akaun Awam (PAC).
Jawatankuasa itu, yang membentangkan laporannya di Parlimen semalam, menarik perhatian bahawa dana $72.3 bilion yang dibelanjakan bagi Covid-19 pada tahun kewangan 2020...






