MASYARAKAT saintifik boleh bekerjasama dalam usaha memajukan pengetahuan, tanpa mengira hubungan antarabangsa yang berubah-ubah, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat.
Berucap di upacara pembukaan Sidang Puncak Saintis Muda Global 2023 di Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD) semalam, Encik Heng, yang juga pengerusi Yayasan Penyelidikan Nasional (NRF), berkata kerjasama di peringkat global itu kian perlahan atau terhenti...






