SANTOS: Ribuan orang di Brazil berdiri berjam-jam di jalan raya semalam bagi mengucapkan selamat tinggal kepada ikon sukan dan legenda bola sepak Pele sepanjang perjalanan ke Perkuburan Memorial Santos di Santos, kota beliau memulakan kerjaya profesionalnya.
Awal dari itu, orang ramai diberi peluang memberi penghormatan terakhir kepada Pele di Stadium Urbano Caldeira, tempat mayatnya dileta selama 24 jam sebelum pengebumian.





