WASHINGTON: Kongres Amerika Syarikat yang baru, menjadi kucar-kacir kelmarin, apabila pembangkang sayap kanan Republikan menyekat calon pilihan, Encik Kevin McCarthy, daripada menjadi Speaker Dewan Perwakilan, dalam beberapa siri undian yang memalukan, yang dilihat sebagai teguran keras terhadap parti itu.
Anggota dewan kongres California itu, memerlukan majoriti mudah untuk dipilih sebagai penggubal undang-undang paling tinggi di Washington, yang akan memimpin perjalanan...





