ADA teman yang memberi pengacara dan pelakon setempat Zhin Sadali kata-kata perangsang dek wajahnya yang ada di mana-mana sepanjang tahun lalu. Jika dahulu Zhin atau nama sebenarnya Muhammad Hafidzhin Sadali, 29 tahun, muncul sebagai pempengaruh sosial di YouTube dan Instagram TheSmartLocal, kini beliau menggalas amanah sebagai pengacara rancangan kanak-kanak 'Projek L.I.T' dan 'Juara Mic Junior' (Musim Kedua) serta program infopendidikan...





