PEMINAT komik Jepun, atau manga, kini boleh mengakses lebih 5,000 judul di perpustakaan manga pertama Lembaga Perpustakaan Negara (NLB), iaitu perpustakaan pop-up selama enam bulan di pusat beli-belah City Square Mall.
Perpustakaan itu mempunyai tajuk komik popular seperti Spy x Family, Dragon Ball Z, Assassin's Creed: Blade Of Shao Jun dan Pokemon Adventures (Merah, Hijau dan Biru).





