NEW YORK: Insiden cemas penembakan jatuh belon pengintip China yang disyaki, di pesisir pantai Carolina Selatan, adalah yang terbaru dalam sejarah provokasi dan kejadian nyaris membawa padah, antara Amerika Syarikat dan China.
Beberapa perselisihan tercetus, melibatkan Laut China Selatan, apabila Amerika Syarikat mencabar keinginan China yang cuba menguasai perbatasan Pasifik Barat yang disifatkan amat penting dari segi ekonomi dan politik...





