Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2026 dilihat bukan saja menjadi pentas ‘perang’ Umno terhadap Pakatan Harapan (PH) – rakan gabungan Umno/Barisan Nasional (BN) dalam Kerajaan Perpaduan, malah parti itu secara terbuka mengesahkan ‘penyatuannya’ dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS).
Ketika berucap pada penggulungan dan penangguhan PAU 2026 pada 12 September, Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, memberi kata dua kepada Kerajaan...





