SEDANG pemerintah kekal komited menyokong aspirasi warga Singapura memiliki rumah mereka sendiri, Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, menarik perhatian perlunya untuk terus mendukung nilai cermat dan berdaya tahan.
Encik Lee berkata pemerintah komited untuk terus mempertingkat keupayaan memperoleh dan kemampuan perumahan awam, dan kini sedang giat membina pada skala besar, dengan kini hampir 100 projek flat Bina Ikut Tempahan...





