Yang hanya diam membisu tak bererti dungu yang mahir menyulam kata tak semesti pintar seperti gendang kosong semua dikelentong seperti tong kosong semua dibohong Yang tahu membezakan intan dari kaca dialah yang harus digelar siswazah biarpun tiada segulung ijazah biarpun tak punya sekajang diploma Yang hanyut di arus julang tampil demi puji lagaknya laksana ayam bertelur sebiji riuhnya satu kampung...






