GENEVA: Sebuah laporan yang diterbitkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat (3 Mac) telah mendakwa tentera Myanmar mewujudkan krisis hak asasi manusia yang berterusan di negara Asia Tenggara itu dan menggesa agar keganasan di sana segera dihentikan.
Sejak kepimpinan junta merampas kuasa dua tahun lalu, Myanmar menjadi huru-hara, dengan gerakan prodemokrasi menentang rejim tentera itu selepas junta mengambil tindakan keras...






