PEMERINTAH sedang mengkaji kemungkinan membenarkan kucing peliharaan di flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), kata Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Pembangunan Negara), Encik Tan Kiat How di Parlimen. Beliau juga berkata rangka kerja pengurusan kucing sedang diusahakan dengan pemerintah giat berunding dengan orang ramai mengenai cadangan mereka. Rangka kerja tersebut bertujuan menggalakkan pemilikan dan penjagaan kucing yang bertanggungjawab,...






