Pelihara kucing di HDB mungkin dibenar?

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelihara kucing di HDB mungkin dibenar?

Mar 2, 2023 | 8:35 PM

Pelihara kucing di HDB mungkin dibenar?

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
1ff6d095-a863-440e-b339-0daa13a35a18
- Foto ST

PEMERINTAH sedang mengkaji kemungkinan membenarkan kucing peliharaan di flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), kata Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Pembangunan Negara), Encik Tan Kiat How di Parlimen. Beliau juga berkata rangka kerja pengurusan kucing sedang diusahakan dengan pemerintah giat berunding dengan orang ramai mengenai cadangan mereka. Rangka kerja tersebut bertujuan menggalakkan pemilikan dan penjagaan kucing yang bertanggungjawab, dan pada masa yang sama mengambil kira penjagaan kesihatan awam. Salah satu komponen yang dipertimbangkan ialah skim pelesenan dan mikrocip bagi kucing peliharaan. Menyentuh isu membenarkan kucing peliharaan di dalam flat HDB, Encik Tan berkata: "Sejak September lalu, kami telah berunding secara meluas mengenai rangka kerja ini. "Kami berbesar hati kerana menerima maklum balas yang kukuh terhadap tinjauan awam kami, yang mendapat lebih daripada 30,000 respons. "Kami sedang menjalankan analisis terperinci terhadap keputusan yang diterima dan akan berkongsi penemuan kami apabila sudah bersedia."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg