KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia dikatakan sedang mengadakan rundingan dengan China bagi mengekstradisi ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low.
Pengarang bersama buku "Billion Dollar Whale" mengisahkan saga 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Bradley Hope, yang memetik sumber berkata bahawa rancangan itu sedang dibincangkan oleh kerajaan berikutan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China,...





