PENGERUSI Kumpulan M Kapital Holdings, Encik Abu Bakar Mohd Nor, dilantik sebagai Pengerusi Majlis Keselamatan dan Kesihatan Di Tempat Kerja (WSH) mulai Sabtu.
Beliau, yang juga penerima Anugerah Jauhari Berita Harian 2017, telah dilantik ke majlis tersebut pada April 2018 dan telah berkhidmat sebagai timbalan pengerusinya sejak itu.






