SYARIKAT gergasi elektronik pengguna Dyson akan membuka kilang di Tuas untuk mengeluarkan bateri generasi akan datang bagi produk baru syarikat itu. Ia menyifatkan langkah tersebut sebagai "pelaburan paling penting dalam perkilangan termaju (advanced manufacturing) dalam sejarah firma itu". Kemudahan baru itu, seluas 247,000 kaki persegi, atau bersamaan dengan 53 gelanggang bola keranjang, akan siap pada 2023 dan dijangka beroperasi sepenuhnya...






