Maybank dan Persekutuan Perkilangan Singapura (SMF) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) pada 21 Ogos untuk meluaskan akses ke Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
Perjanjian tersebut, yang dimeterai semasa sesi ‘Dialog bersama Menteri Besar Johor’ anjuran bersama Maybank dan SMF di Maybank Tower, turut bertujuan menyokong usaha membangunkan JS-SEZ sebagai tawaran yang memberi keuntungan bersama bagi Singapura, Malaysia dan rantau Asean...





