TEL AVIV: Pejabat Perdana Menteri Israel menafikan laporan kepimpinan politik negara itu telah meluluskan kemasukan Pasukan Penstabilan Antarabangsa (ISF) ke Jaluran Gaza, sambil menegaskan pembinaan semula wilayah Palestin tidak akan dibenarkan selagi Hamas belum melucutkan senjata sepenuhnya.
Kenyataan itu dikeluarkan pada lewat 20 Ogos susulan laporan media Israel yang mendakwa persiapan sedang dibuat bagi penempatan pasukan antarabangsa di Gaza sebagai...





