Program Nilai Dalam Sastera (NITRA), merupakan sebuah wadah pendidikan yang mengetengahkan nilai melalui kesusasteraan Melayu secara kreatif dan interaktif.
Program itu menghimpunkan pelajar daripada pelbagai latar belakang pendidikan seperti sekolah rendah, menengah, maktab rendah, dan juga madrasah sekali gus mewujudkan ruang pembelajaran bersifat terangkum serta menggalakkan perkongsian idea dan pengalaman merentas pelbagai peringkat institusi.





