RAMALLAH: Israel secara rasmi membuka semula petempatan Ganim di kawasan Jenin, Tebing Barat, yang diduduki, lebih 20 tahun selepas mengosongkannya, dalam langkah terkini pemerintahan Perdana Menteri, Encik Benjamin Netanyahu, memperluaskan petempatan Israel di wilayah Palestin itu.
Menteri Pertahanan Israel, Encik Israel Katz, merasmikan petempatan berkenaan pada 13 Ogos, selepas tiba dengan helikopter bagi menghadiri majlis yang disertai kira-kira 100 penduduk...





