ANKARA: Presiden Palestin, Encik Mahmoud Abbas, menegaskan bahawa Gaza adalah bahagian yang tidak boleh dipisahkan daripada Palestin dan tidak mungkin sebuah negara Palestin diwujudkan tanpa wilayah itu.
Beliau berkata seluruh wilayah Palestin perlu disatukan di bawah satu pemerintahan, satu badan perundangan dan satu sistem pentadbiran sebagai sebahagian usaha mewujudkan sebuah negara Palestin yang merdeka.





