ZURICH (Switzerland): Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) telah membuka prosiding tatatertib terhadap Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) dan beberapa pemainnya atas pelbagai dakwaan pelanggaran semasa Piala Dunia, termasuk tindakan mengangkat sepanduk yang menuntut kedaulatan Argentina ke atas Kepulauan Falkland.
Selepas kemenangan Argentina ke atas England pada peringkat separuh akhir di Atlanta, beberapa pemain mengangkat sepanduk bertulis “Las Malvinas Son Argentinas”...





