ISKANDAR PUTERI: Seluruh taman awam di dalam negeri Johor akan dinaik taraf sebagai sebahagian usaha Kerajaan Johor memperluaskan kemudahan riadah yang moden, menyeluruh dan berkualiti untuk rakyat.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata usaha itu sejajar dengan hasrat kerajaan negeri untuk menyediakan lebih banyak ruang hijau yang dapat dinikmati semua lapisan masyarakat.





