JOHOR BAHRU: Sebanyak 533 kes demam denggi direkodkan di Johor dari 19 Julai hingga 25 Julai, berbanding 499 kes yang dicatatkan pada minggu 12 Julai hingga 18 Julai.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Encik Ling Tian Soon, berkata sebanyak 45 lokasi wabak baharu turut dikesan, sekali gus menunjukkan penularan penyakit itu masih dalam keadaan membimbangkan di negeri itu.





