JOHOR BAHRU: Bagi mempercepat pelaksanaan projek strategik dan menarik lebih banyak pelaburan bermutu tinggi, Kerajaan Johor akan mempertingkat penyelarasan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) melalui jalinan kerjasama yang lebih erat antara agensi kerajaan dengan pemain industri.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Johor, Encik Lee Ting Han, berkata mesyuarat bulanan JS-SEZ akan diteruskan bagi penggal baharu...





