Anggota Unit Kecemasan Tentera Sepanyol (UME) berusaha memadam kebakaran hutan di San Martín de Valdeiglesias, Madrid, pada 23 Julai. Kebakaran yang bermula di Almorox, berhampiran Toledo, sehari sebelumnya memaksa beberapa kawasan dipindahkan dan satu penempatan dikenakan perintah berkurung, ketika api merebak dengan pantas sehingga pihak berkuasa mengeluarkan amaran kecemasan dua kali melalui telefon bimbit kepada penduduk di kawasan terjejas.
DuniaJul 24, 2026 | 3:28 PM

Sepanyol isytihar darurat, lebih 10,000 dipindahkan akibat kebakaran hutan

MADRID: Kerajaan Sepanyol mengisytiharkan darurat kebangsaan lewat 23 Julai selepas beberapa kebakaran hutan yang berlaku serentak mengancam kawasan berhampiran Madrid dan wilayah jiran Avila, sekali gus memaksa lebih 10,000 penduduk dipindahkan.

Kementerian Dalam Negeri Sepanyol berkata, keputusan itu dibuat susulan kebakaran yang berlaku di beberapa lokasi pada masa sama, selain keadaan cuaca yang tidak mengizinkan serta keperluan menggerakkan sumber yang...

Seorang lelaki Palestin di sebuah masjid yang didakwa dibakar oleh pendatang Israel di kampung Qusra, selatan Nablus, di Tebing Barat yang diduduki, pada 26 Julai 2026. Pihak berkuasa Palestin memaklumkan dua masjid dibakar dalam siri serangan pendatang haram Israel yang turut menyasarkan kenderaan dan tanah pertanian, hanya dua hari selepas pertempuran berdarah di Tal yang mengorbankan enam nyawa.
DuniaJul 27, 2026 | 1:21 PM

Pendatang haram Israel sasar masjid, kenderaan dan ladang di Tebing Barat

BAITULMAKDIS: Ketegangan di Tebing Barat yang diduduki semakin memuncak apabila sekumpulan pendatang haram Israel membakar dua masjid, merosakkan kenderaan serta membakar tanah pertanian milik penduduk Palestin dalam siri serangan yang berlaku hanya dua hari selepas pertempuran berdarah di kampung Tal.

Pihak berkuasa Palestin berkata, serangan terbaru itu berlaku di beberapa kampung berhampiran Nablus, pada 26 Julai sekali gus menambah kebimbangan...

Abhijeet Dipke, pengasas dan ketua Cockroach Janta Party (CJP) (tengah didukung), diraikan penyokongnya di Jantar Mantar, New Delhi, pada 25 Julai 2026 selepas peletakan jawatan Menteri Pendidikan India, Dharmendra Pradhan. Gerakan belia yang bermula sebagai sindiran terhadap kenyataan seorang hakim yang menggelar belia menganggur sebagai “lipas” itu akhirnya memaksa pemerintah menerima sebahagian besar tuntutan mereka, termasuk pembaharuan sistem peperiksaan susulan kebocoran soalan Peperiksaan Kelayakan dan Kemasukan Kebangsaan (NEET), iaitu peperiksaan kemasukan ke kolej perubatan dan pergigian di India.
DuniaJul 27, 2026 | 12:51 PM

Wira ‘lipas’ bawa pembaharuan pendidikan, peletakan jawatan menteri India

NEW DELHI: Seorang graduan India yang menubuhkan sebuah gerakan secara berseloroh selepas belia negara itu dilabel sebagai “lipas” oleh seorang hakim kanan, kini muncul sebagai simbol kebangkitan generasi muda apabila berjaya memaksa pemerintah Perdana Menteri Narendra Modi memenuhi sebahagian besar tuntutan mereka.

Abhijeet Dipke, 30 tahun, yang mengasaskan Cockroach Janta Party (CJP), mencetuskan gelombang protes besar-besaran selepas kebocoran soalan peperiksaan...

Cik Rasidah Caudal telah menafikan dakwaan yang mengaitkan dirinya dengan isu peletakan jawatan mantan Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Muhammad Faishal Ibrahim.
Mata-mataJul 27, 2026 | 12:45 PM

Peletakan jawatan Faishal: Wanita nafi dakwaan terbabit

Seorang wanita yang menjadi sasaran spekulasi tular di media sosial telah tampil menafikan dakwaan yang mengaitkan dirinya dengan isu peletakan jawatan mantan Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Menerusi satu hantaran Facebook pada 27 Julai, wanita berkenaan, Cik Rasidah Caudal, menegaskan bahawa beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang terus menyebarkan fitnah dan...

Gabenor Bank Indonesia (BI), Perry Warjiyo, bercakap pada sidang media di Jakarta pada 3 November 2025. Warjiyo meletakkan jawatan secara mengejut pada 27 Julai atas alasan peribadi, sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pelabur mengenai kebebasan Bank Indonesia dan hala tuju dasar monetari negara. Timbalan Kanan Gabenor BI, Destry Damayanti, dilantik sebagai pemangku gabenor sementara pemerintah mencari pengganti tetap
DuniaJul 27, 2026 | 11:56 AM

Gabenor Bank Indonesia Perry Warjiyo letak jawatan secara mengejut

JAKARTA: Gabenor Bank Indonesia (BI), Perry Warjiyo, meletakkan jawatan secara mengejut pada 27 Julai, sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pelabur mengenai hala tuju dasar monetari negara itu serta kebebasan bank pusat di bawah pentadbiran Presiden Prabowo Subianto.

Peletakan jawatan Encik Warjiyo diumumkan hanya beberapa jam sebelum pasaran kewangan Indonesia dibuka, menyebabkan nilai rupiah susut pada awal dagangan manakala pasaran...

Sekumpulan kanak-kanak Palestin berdiri di hadapan bangunan yang musnah akibat serangan udara Israel di Jalan Al-Jalaa, Bandar Gaza, pada 24 Julai 2026. Kabinet Keselamatan Israel baru-baru ini meluluskan projek perintis di Rafah yang membolehkan Lembaga Keamanan dan Pasukan Penstabilan Antarabangsa (ISF) memasuki Gaza bagi memulihkan perkhidmatan asas serta membuka laluan kepada pentadbiran Jawatankuasa Nasional bagi Pentadbiran Gaza (NCAG), ketika sebahagian besar wilayah itu terus musnah akibat perang yang berlarutan sejak Oktober 2023.
DuniaJul 27, 2026 | 11:31 AM

Israel lulus kemasukan pasukan antarabangsa ke Gaza

TEL AVIV: Pemerintah Israel meluluskan kemasukan Pasukan Penstabilan Antarabangsa (ISF) ke Gaza sebagai sebahagian daripada pelan damai 20 perkara yang dikemukakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sekali gus membuka laluan kepada pelaksanaan projek perintis untuk memulihkan perkhidmatan asas di wilayah itu.

Keputusan yang dipersetujui Kabinet Keselamatan Israel pada 26 Julai itu menandakan kali pertama Israel secara rasmi memberikan kebenaran kepada...

Gol kemenangan Ilhan bantu Singa tewaskan Kemboja 2-1
Play Video

Lagu NDP: Berapa banyak yang anda boleh ingat?
Play Video

'Syurga' buah tropika? Malaysia Fest kembali lagi!
Play Video

[BHGN 4] Mengapa perlu piawaian moral tinggi bagi ahli politik Singapura?
Play Video

[BHGN 3] Mengapa perlu piawaian moral tinggi bagi ahli politik Singapura?
Play Video