Raut wajah penuh kebanggaan jelas terpancar pada perenang negara, Gan Ching Hwee, dan atlet boling padang para, Mawjit Singh Gurmet Singh, semasa mengibarkan bendera dalam upacara pembukaan temasya Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland, pada 24 Julai (waktu Singapura).
Atlet Team Singapore (TeamSG) itu dipimpin oleh Chef de Mission, Lau Kok Keng, dan penolongnya, Terry Tay.





