Iman’s League, Satu Suara, punk rock
HiburanJul 24, 2026 | 5:30 AM

Setelah dua dekad, kumpulan S’pura Iman’s League kekal ‘Satu Suara’

Sejak ditubuhkan pada 2007, kumpulan ‘punk rok’ tempatan, Iman’s League, membuktikan ketekunan dan kecintaan terhadap muzik menjadi kunci utama mereka terus bertahan dalam industri, tanpa perlu mengejar populariti semata-mata.

Kumpulan Iman’s League, yang pernah merangkul Anugerah Band Terbaik di Anugerah Planet Muzik (APM) 2015, itu dianggotai vokalis utama dan pemain gitar, Nuriman Mohd Nor (Iman), 44 tahun; vokalis dan pemain...

Gabenor Bank Indonesia (BI), Perry Warjiyo, bercakap pada sidang media di Jakarta pada 3 November 2025. Warjiyo meletakkan jawatan secara mengejut pada 27 Julai atas alasan peribadi, sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pelabur mengenai kebebasan Bank Indonesia dan hala tuju dasar monetari negara. Timbalan Kanan Gabenor BI, Destry Damayanti, dilantik sebagai pemangku gabenor sementara pemerintah mencari pengganti tetap
DuniaJul 27, 2026 | 11:56 AM

Gabenor Bank Indonesia Perry Warjiyo letak jawatan secara mengejut

JAKARTA: Gabenor Bank Indonesia (BI), Perry Warjiyo, meletakkan jawatan secara mengejut pada 27 Julai, sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pelabur mengenai hala tuju dasar monetari negara itu serta kebebasan bank pusat di bawah pentadbiran Presiden Prabowo Subianto.

Peletakan jawatan Encik Warjiyo diumumkan hanya beberapa jam sebelum pasaran kewangan Indonesia dibuka, menyebabkan nilai rupiah susut pada awal dagangan manakala pasaran...

Sekumpulan kanak-kanak Palestin berdiri di hadapan bangunan yang musnah akibat serangan udara Israel di Jalan Al-Jalaa, Bandar Gaza, pada 24 Julai 2026. Kabinet Keselamatan Israel baru-baru ini meluluskan projek perintis di Rafah yang membolehkan Lembaga Keamanan dan Pasukan Penstabilan Antarabangsa (ISF) memasuki Gaza bagi memulihkan perkhidmatan asas serta membuka laluan kepada pentadbiran Jawatankuasa Nasional bagi Pentadbiran Gaza (NCAG), ketika sebahagian besar wilayah itu terus musnah akibat perang yang berlarutan sejak Oktober 2023.
DuniaJul 27, 2026 | 11:31 AM

Israel lulus kemasukan pasukan antarabangsa ke Gaza

TEL AVIV: Pemerintah Israel meluluskan kemasukan Pasukan Penstabilan Antarabangsa (ISF) ke Gaza sebagai sebahagian daripada pelan damai 20 perkara yang dikemukakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sekali gus membuka laluan kepada pelaksanaan projek perintis untuk memulihkan perkhidmatan asas di wilayah itu.

Keputusan yang dipersetujui Kabinet Keselamatan Israel pada 26 Julai itu menandakan kali pertama Israel secara rasmi memberikan kebenaran kepada...

Dengan keluasan 3,000 kaki persegi, jenama fesyen tempatan, In Good Company, secara tidak langsung menjadi cawangan utama fesyen baharu di kawasan East Coast sekali gus merancakkan kawasan Joo Chiat sebagai destinasi beli-belah. 
Gaya hidupJul 27, 2026 | 11:03 AM

Joo Chiat berubah wajah dengan kehadiran pelbagai kedai moden, estetik

Tirai bambu, hiasan lampu fabrik dan susun atur dinding galeri penuh estetik, sememangnya menjadikan premis baharu jenama tempatan, In Good Company, di Joo Chiat, cukup menarik.

Jenama fesyen itu – yang meraikan ulang tahun ke-10 kedai pertamanya di Ion Orchard dengan mengadakan pertunjukan fesyen di Galeri Kebangsaan Singapura pada 2025 – mula beroperasi di sebuah rumah kedai tiga tingkat di...

Peluru berpandu Zolfaghar dipamerkan di Dataran Azadi, Teheran, pada 24 Julai 2026 ketika Iran terus mempamerkan keupayaan ketenteraannya di tengah-tengah konflik dengan Amerika Syarikat. Walaupun kedua-dua negara menghentikan sementara serangan dan memberi ruang kepada usaha diplomatik, Teheran menegaskan ia hanya akan mengekalkan jeda itu selagi Washington tidak menyambung semula kempen pengeboman. Rundingan yang diusahakan Oman mengenai krisis di Selat Hormuz pula dilaporkan menunjukkan sedikit kemajuan, namun ketegangan di rantau itu masih kekal tinggi.
DuniaJul 27, 2026 | 10:22 AM

AS-Iran hentikan serangan, beri laluan kepada diplomasi

WASHINGTON/TEHERAN: Amerika Syarikat dan Iran memasuki hari kedua tanpa sebarang serangan baharu ketika kedua-dua pihak memberi peluang kepada usaha diplomatik bagi meredakan konflik yang hampir mencetuskan perang lebih besar di Timur Tengah.

Teheran menegaskan ia akan menghentikan serangan selagi Washington tidak menyambung semula kempen pengeboman, manakala Presiden Donald Trump memilih untuk menggantung sementara operasi ketenteraan bagi memberi ruang kepada rundingan.

Cermin mata hitam bukan sekadar melindungi mata kita daripada sinar ultraungu (UV), ia juga berfungsi sebagai elemen hiasan yang dapat meningkatkan gaya.
Gaya hidupJul 27, 2026 | 9:39 AM

Tampil bergaya dengan cermin mata hitam dipakai artis Korea

Setiap kali kita melihat gaya artis, daripada gaun karpet merah yang dramatik hingga fesyen yang ringkas tetapi bergaya, kita turut menumpukan perhatian kepada pakaian mereka.

Aksesori, terutamanya cermin mata hitam, sering tidak mendapat perhatian sewajarnya. Sebenarnya, cermin mata hitam bukan sekadar melindungi mata kita daripada sinar ultraungu (UV) yang merosakkan dan menyebabkan tanda-tanda penuaan. Ia juga berfungsi sebagai elemen hiasan...

Gol kemenangan Ilhan bantu Singa tewaskan Kemboja 2-1
Play Video

Lagu NDP: Berapa banyak yang anda boleh ingat?
Play Video

'Syurga' buah tropika? Malaysia Fest kembali lagi!
Play Video

[BHGN 4] Mengapa perlu piawaian moral tinggi bagi ahli politik Singapura?
Play Video

[BHGN 3] Mengapa perlu piawaian moral tinggi bagi ahli politik Singapura?
Play Video