Kegiatan berbasikal yang dahulu dilakukan bersama pada waktu lapang kini beralih kepada latihan kawad bagi pasangan ibu dan anak, Cik Siti Radziah Zainal Abidin, 45 tahun; dan Ari Wafiy Muhammad Mahfudz, 15 tahun.
Kegiatan berbasikal yang dahulu dilakukan bersama pada waktu lapang kini beralih kepada latihan kawad bagi pasangan ibu dan anak, Cik Siti Radziah Zainal Abidin, 45 tahun; dan Ari Wafiy Muhammad Mahfudz, 15 tahun.
Singapura dan Australia telah menandatangani dua perjanjian pada 27 Julai bagi memastikan aliran bekalan barangan penting dan bekalan pertahanan antara kedua-dua negara terus berjalan tanpa sekatan.
Ini termasuk satu protokol yang mengikat di sisi undang-undang di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Singapura-Australia, yang menetapkan bahawa kedua-dua negara tidak akan mengenakan sekatan eksport ke atas diesel dan gas asli cecair (LNG).
Keluarga dan rakan-rakan berada dalam kedudukan terbaik untuk mengenal pasti tanda-tanda awal seseorang mula melalui proses menjadi radikal, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri) Encik Zhulkarnain Abdul Rahim.
Menulis di media sosial pada 27 Julai, Encik Zhulkarnain berkata berbanding keluarga dan rakan-rakan yang “paling hampir”, pihak berkuasa tidak mampu mengesan setiap kes pada peringkat awal.
lhan Fandi teruskan rentak menjaringkan golnya untuk membantu pasukan Singa menewaskan Timor-Leste 2-0 dalam saingan Piala Asean Hyundai di Stadium Jalan Besar pada 27 Julai.
Skuad kendalian Gavin Lee bermula agak perlahan dan mengambil masa untuk memecahkan benteng pertahanan pelawat, namun kemenangan itu memastikan Singapura kekal di landasan terbaik menjelang pertemuan lebih mencabar menentang Vietnam untuk perlawanan seterusnya.
Penahanan tiga belia lelaki warga Singapura berusia antara 14 dengan 19 tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 27 Julai menunjukkan “peranan yang semakin kritikal” bagi ibu bapa di rumah untuk memantau kegiatan anak-anak dalam talian serta kepentingan kewaspadaan di sekolah.
Ini memandangkan proses radikalisasi dalam kalangan belia tidak berlaku secara semalaman, sebaliknya ia juga mampu bermula daripada...
Sekolah tidak wajar dijadikan "seperti garison” atau diperkukuh dengan kawalan keselamatan yang keterlaluan, kata Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, Encik K. Shanmugam.
Garison merujuk kepada tempat penempatan sebuah pasukan tentera.





