DHAKA: Sekurang-kurangnya 50 orang terbunuh manakala puluhan ribu lagi terpaksa meninggalkan kediaman mereka, selepas banjir kilat dan tanah runtuh yang dicetuskan hujan monsun melanda beberapa kawasan di Bangladesh sejak 5 Julai.
Pihak berkuasa berkata daerah Chattogram di tenggara negara itu mencatatkan jumlah korban tertinggi apabila 50 kematian direkodkan, termasuk 29 mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh.





