Mahasiswa universiti tempatan dijangka membayar sehingga lebih $80 sebulan untuk penginapan kampus mulai tahun akademik baharu pada Ogos 2026.
Menurut angka terkini di laman web Universiti Nasional Singapura (NUS) dan Universiti Teknologi Nanyang (NTU), kadar sewa asrama meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.





