KUALA LUMPUR: Malaysia berdepan risiko penyusutan tenaga kerja akibat penurunan kadar kesuburan, peningkatan penyakit tidak berjangkit (NCD) dan isu kesihatan mental dalam kalangan warganya, terutama membabitkan golongan belia.
Menteri Ekonomi, Encik Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata cabaran berkenaan yang disifatkan sebagai ‘krisis kembar’ boleh memberi kesan kepada jumlah tenaga kerja, produktiviti ekonomi, daya saing negara, perbelanjaan kesihatan serta kemampanan sistem...





