Buat julung-julung kalinya, orang ramai berpeluang menyalurkan idea dan mencorak Pesta Cahaya Hari Raya 2027 menerusi rekaan mereka sendiri, yang kemudian diterjemahkan menjadi rekaan lampu hiasan di sekitar Geylang Serai, sempena Ramadan dan Hari Raya tahun 2027.
Inisiatif bertemakan ‘Raya Bagi Saya’ itu menggalakkan peserta berkongsi takrifan peribadi mereka tentang Hari Raya, melalui kisah, tradisi dan kenangan yang dekat di...





