Parlimen tidak akan mengambil tindakan lanjut berhubung hasil dapatan Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen (COP) mengenai tatakelakuan pemimpin Parti Pekerja (WP), Cik Sylvia Lim dan Encik Faisal Manap, kata Ketua Dewan, Cik Indranee Rajah.
Menyampaikan Kenyataan Menteri di Parlimen pada 7 Julai, Cik Indranee berkata keputusan itu berlaku disebabkan had masa yang ditetapkan undang-undang.





