Calon-calon Barisan Nasional (BN) di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di daerah Kota Tinggi optimis mengekalkan sokongan pengundi menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, sambil memberi tumpuan kepada penyelesaian isu setempat termasuk peluang pekerjaan, pendidikan, perumahan dan pembangunan infrastruktur.
Calon BN DUN Tanjung Surat, Encik Aznan Tamin, berkata kempen di kawasannya berlangsung dalam suasana harmoni dengan tumpuan...





