Singapura dijangka membeli peluru berpandu, Hellfire, daripada Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada cadangan pakej pertahanan, bernilai AS$22.3 juta ($28.9 juta).
Jabatan Negara Amerika berkata dalam satu notis kepada Kongres pada 30 Jun bahawa mereka telah meluluskan kemungkinan jualan sebanyak 67 peluru berpandu, AGM-114R Hellfire – sejenis peluru berpandu udara-ke-darat berketepatan tinggi – kepada Singapura, seiring peralatan dan perkhidmatan sokongan berkaitan.





