Jawatankuasa Daya Ekonomi telah mengadakan mesyuarat pengenalannya baru-baru ini bersama wakil Melayu/Islam merentas pelbagai sektor, dan akan mula mengadakan siri pendekatan untuk mendapatkan pandangan tentang cara membantu pekerja merebut peluang ekonomi baharu.
Susulan itu, jawatankuasa tersebut menyasar mengemukakan satu laporan mengandungi saranan menjelang hujung 2026, kata dua pengerusi bersamanya, Encik Saktiandi Supaat, dan Dr Wan Rizal Wan Zakariah, kepada Berita...





