JOHOR BAHRU: Presiden Parti Bersama Malaysia, Datuk Seri Rafizi Ramli, mempertahankan keputusan parti itu menampilkan calon dalam kalangan ‘orang biasa’, meskipun mereka tidak mempunyai pengalaman dalam politik.
Beliau berkata pendekatan itu disengajakan bagi memastikan wakil rakyat benar-benar memahami denyut nadi masyarakat dan bukannya sekadar petah berucap di pentas politik.





