Keupayaan sebenar pasukan bola sepak wanita negara bakal diuji dengan ketara selepas mereka diundi menyertai kumpulan mencabar dalam Piala Wanita Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) di Malaysia dari 10 hingga 22 Julai.
Pada majlis pemilihan di ibu pejabat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Petaling Jaya, Selangor, pada 22 Jun, Singapura yang berada di kedudukan ke-151 dunia diundi dalam Kumpulan...





