Syarikat media tempatan kini boleh memanfaatkan dana baharu bernilai $48 juta yang bertujuan menyokong penghasilan kandungan bertemakan Singapura dan bereksperimen dengan alat kecerdasan buatan (AI).
Menteri Negara Kanan (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan), Encik Tan Kiat How, berkata program empat tahun itu bertujuan membantu syarikat media merebut peluang baharu, di tengah-tengah perubahan pesat dalam corak penggunaan kandungan oleh penonton.





