JAKARTA: Presiden Indonesia, Encik Prabowo Subianto, memuji pengurusan ibadah haji negara itu bagi musim 2026, tetapi mahu pelbagai penambahbaikan terus dilakukan termasuk mempercepat tempoh menunggu bagi jemaah dan meningkatkan mutu perkhidmatan di Tanah Suci.
Perkara itu disampaikan Encik Prabowo dalam mesyuarat tertutup bersama Menteri Haji dan Umrah Indonesia, Encik Mochamad Irfan Yusuf; timbalannya, Encik Dahnil Anzar Simanjuntak; serta anggota Suruhanjaya...





