MAKKAH: Umat Islam di seluruh dunia menyambut ketibaan Tahun Baru Islam 1448 Hijrah selepas anak bulan Muharam dilihat di beberapa negara Islam, sekali gus menandakan bermulanya tahun Hijrah baru.
Arab Saudi, Amiriah Arab Bersatu (UAE), Oman, Qatar dan beberapa negara lain mengumumkan 16 Jun sebagai hari pertama Muharam dan permulaan tahun 1448 Hijrah selepas jawatankuasa cerapan anak bulan mengesahkan kenampakan...





