RAMALLAH: Penguasa Palestin (PA) mengumumkan Pilihan Raya Presiden akan diadakan pada 2027 dalam usaha memperkukuh penyertaan politik dan memperluas proses demokrasi rakyat Palestin selepas bertahun-tahun berdepan konflik serta ketidakstabilan politik.
Pengumuman itu dibuat Presiden Mahmoud Abbas, menerusi dekri presiden yang disiarkan agensi berita rasmi Palestin, Wafa.





